Friday, 30 April 2010

bahayanya fluorida dan klorin dalam air kita

Fluorida dan klorin amat merbahaya dan perlu dinyahkan dari bekalan air kita. Di dalam penapis Berteknologi NANO BIO-AURA, klorin akan dihilangkan oleh penapis karbon dan resin pula digunakan unutk menghilangkan fluorida. Berikut saya nyatakan kesan fluorida dan klorin dalam badan.

KESAN BURUK FLUORIDA KEPADA BADAN KITA

Fluorida adalah bahan yang dicampur di dalam bekalan air, ubat gigi dan tablet ubat tidak pernah diuji keselamatannya sebelum digunakan

Kajian terkini oleh saintis bebas telah mendapati data-data seperti berikut:

Neurotoxic dan merendahkan IQ

In 1995, neurotoxicologist dan bekas pengarah toksikologi di Forsyth Dental Center in Boston, Dr. Phyllis Mullenix telah membuat satu kajian dan mendapati yang fluoride akan termendap pada otak haiwan ujian dan keada ini menyebabkan kerosakan otak yang teruk dan mengubah tingkahlaku serta tahap kecerdasan haiwan tersebut.

Penyebab kanser

Jabatan Kesihatan New Jersey mendapati kadar barah tulang kanak-kanak lelaki dua hingga tujuh kali ganda lebih tinggi di tempat dimana bekalan air berfluorida berbanding yang tidak berfluorida.

Mengubah penbentukkan tulang dan melemahkan tulang.

Fluorida mendap secara perlahan pada tulang dan menyebabkan perubahan pada struktur tulang. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kaitan antara peningkatan didalam bilangan insiden kepatahan tulang pinggul (hip fracture) dan proses fluoridasi air. Dan terbukti fluorida menyebabkan kehilangan kekuatan tulang.

Penyebab kecacatan kelahiran dan kematian perinatal

Terkini Toxicologist di United Kingdom mendapati kadar kematian dana kecacatan perinatal meningkat sebanyak 15% di kawasan bekalan air berflorida berbanding dengan kawasan yang bekalan airnya tidak berfluorida.
Terbukti tidak berkesan
Fluorida di dalam air tidak berjaya mengurangkan atau melindungi dari kejadian gigi berlubang (tooth cavity).

Menganggu sistem pertahanan badan

Kajian oleh pihak bebas mendapati fluoride menganggu dan melemahkan sistem pertahanan penyakit badan.

Menyebab kesan sampingan akut.

Beberapa ‘double-blind studies’ menunjukkan air yang berfluorida menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti cirit birit, ulcer mulut, sakit sendi,polydipsia, sakit kepala, gangguan penglihatan, lemah otot dan keletihan yang teramat.

Menyebab pembentukkan gigi yang tidak seragam kekal pada kanak-kanak.
Peningkatan bilangan kanak-kanak yang menghidapi fluorosis gigi dengan perubahan struktur gigi yang kekal.

KESAN KLORIN YANG DIDOKUMENTASIKAN

Klorin (Chlorine) adalah bahan kimia yang amat reaktif oleh itu amat sesuai untuk digunakan sebagai penyahjangkitan. Bahan kimia ini terlalu murah dan amat berkesan dalam membunuh benda-benda hidup- bakteria, haiwan, serangga, ikan reptilian malah MANUSIA. Dahulu klorin dikenali sebagai racun..

Klorin juga dikaitkan dengan peningkatan tekana darah, kekurangan sel darah merah (Anemia) dan kencing manis (diabetes) dan juga factor penyumbang penyakit jantung. Dalam kandungan yang amat sedikit klorin mamu membunuh kuman dan klorin juga membuat salur darah manusia menjadi keras dan sempit, menyebab ianya tersumbat (atherosclerosis).