Thursday, 29 April 2010

Beautiful BIO AURA: Sistem Penapis Dan Merawat Air Berteknologi Tinggi FIR-NANO

Beautiful Bio Aura merupakan produk sistem penapis berteknologi tinggi FIR-NANO. Produk ini direkacipta dan dihasilkan untuk menapis dan merawat air yang sudah tercemar kepada air hidup (air sempurna) yang amat penting kepada kehidupan terutama tubuh badan manusia
KEPENTINGAN AIR DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
1. Sumber kehidupan dan komponen tubuh badan
2. Air dan unsure (mineral) di dalamnya diperlukan untuk kesihatan sel
3. Pemangkin dalam proses metabolisme
4. Penghalang proses dehidrat
5. Agen menukarkan bahan makanan kepada tenaga dan menyerap nutrient
6. Mengimbangi suhu badan, agen mengangkut nutrien dan oksigen keseluruh sel dalam badan.
7. Mengangkut dan menyingkirkan toksin dan bahan buangan
8. Menghalang proses penuaan, kekeringan, kerosakan dan penyakit
9. Agen pelapik yang menjadi pelincir dalam bentuk cecair di otot-otot.

PENCEMARAN AIR: AIR HIDUP VS AIR MATI
1. Pencemaran ialah sebarang perubahan dalam betuk fizikal, kimia dan biologi pada mana-mana alam sekitar yang menyebabkan keseimbangan alam terjejas dan terganggu. Pencemaran memberikan kesan kepada semua aspek eko-sistem kualiti dan kuantiti kehidupan
2. Pencemaran berlaku kerana peningkatan, perubahan dan pembaharuan dalam semua lapangan kehidupan menusia.
3. Pencemaran air memiliki hubungan langsung dengan tubuh badan manusia kerana ianya merupakan produk asas kepada kehidupan iaitu air minuman. Pencemaran menjadikan air hidup (air sempurna) telah menjadi air mati (air tercemar) kerana kriteria-kriteria air hidup mengalami gangguan dan kemusnahan.
4. Bagaimana dengan air paip? Air paip merupakan air yang mengalami gangguandan kemusnahan kesan rawatan menggunakan klorin melalui rangkaian paip-paip besi yang karat dan sebagainya.
5. Air paip mengandungi kotoran, karat, klorin, logam berat, kuman dan kimia. Air berklorin mengakibatkan risiko menghidapi kanser sehingga 93% (Institut Kanser Nasional USA).
6. Kesannya, air mati mengandungi radikal bebas mengakibatkan pelbagai penyakit terutama penyakit berbentuk degenerative (penyakit yang berlaku dalam jangka masa yang panjang)

PENAPIS TEKNOLOGI NANO BIO-AURA memiliki 6 penapis yang mempunyai fungsi tersendiri untuk membekalkan AIR HIDUP yang amat berkualiti.


1. PENAPIS A: Ceramic (Seramik)-
Liang bersaiz 0.9 micron menapis bahan tercemar iaitu keledak pepejal seperti kotoran, pasir, lumpur, karat besi dan bakteria parasit sehingga 99.99%. Penapis pembasmi kumandan air tidak perlu didihkan

2. PENAPIS B: BACTERIOSTATIC FILTER MEDIA:
Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan warna,rasa, bahan pencuci dan elemen-elemen kotor yang lain untuk mengelakkan daripada pembiakkan bakteria.

3. PENAPIS C: KDF+RESIN+ACTIVATED CARBON BLOCK:
Activated Carbon Block dan penukar ion berlogam KDF memenuhi piawaian US EPA & FDA International Safety Standard dapat menapis unsure logam berat, klorin pencemar kimia di samping mengawal kestabilan air, bakteria dan rumpai. Resin pula adalah bahan yang penting untuk menghilangkan kesan fluoride dan melembutkan molekul air dan menambah kesan mineral di dalam air.

4. PENAPIS D: SiLVER CARBON BLOCK:
Memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa. Memiliki fungsi Penyerapan (chelating) yang amat baik. Berupaya untuk meyrap atau menyingkirkanunsur logam berat, bahan-bahan radioaktif,bahan kimia dan racun serangga. Malah unsur ‘silver’ amat berkesan dalam membunuh microorganism dan bakteria yang berbahaya.

5. PENAPIS E: BIO_MICRO BALL:
Penapis ini berteknologi tinggi dimana manic-manik micro yang terdapat di dalamnya menghasilkan pancaran merah jarak jauh (FAR INFRA RED). Pancaran FIR ininmenghasil resonans yang tinggi yang menggetarkan molekul-molekul air menjadi molekul yang lebih kecil dan halus. Proses ini juga membuatkan molekul air mempunyai kadar oksigen yang lebih tinggi dan saiz molekul yang halus bersaiz nano, membuatkan penyerapan air dan oksigen lebih mudah. Getaran yang terhasil dari pancaran FIR ini meng’hidupkan’ molekul air dan membuatkannya lebih bertenaga dan beroksigen.

6. PENAPIS F: NANOFILTRATION CERAMIC/SILVER BALL+ BIO_MICRO BALL:
Penapis yang berteknologi tinggi ini mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dan saiz molekul yang terhasil. Malah Ia mencenderungkan sifat air agar menjadi lebih beralkali agar kandungan oksigen yang tinggi dapat dikekalkan. Air yang bersifat alkali baik untuk badan, fungsi badan lebih optimise dan sel-sel menjadi ‘hidup’ dan aktif.

KEUNIKAN DAN KEHEBATAN BIO-AURA: KRITERIA AIR HIDUP
1. Sifat air hidup: Air bersih, asli, selamat dan bersifat antioksida
2. Air hidup mengandungi kekayaan bahan mineral ionic dan mineral yang data dikesan
3. Air hidup mengandungi kandungan oksigen yang tinggi
4. Air hidup mengandungi tenaga (AURA): tenaga kehidupan
5. Air hidup mempunyai struktur molekul Kristal hexagon
6. Air hidup mempunyai sifat beralkali untuk membantu fungsi dan meneutralkan keasidan di dalam badan


KEISTIMEWAAN DAN KEBAIKAN AIR BIO-AURA
1. Air menjadi lebih sedap
2. Meningkatkan keaktifan sel
3. Meningkatkan tahap metabolisme
4. Lebih bernutrien
5. Kandungan Oksigen yang tinggi
6. Molekul air yang mudah diserap
7. Melancarkan pengaliran darah
8. Mengoptimum sistem penghadaman
9. Mengurangkan risiko penyakit jantung
10. Menyingkirkan bahan-bahan oraganik dan bukan organik yang membahayakan
11. Meningkatkan sistem pertahanan badan
12. Nilai pH di dalam kealkalian yang dapat meningkatkan kesegaran sel dan menjamin pengangkutan oksigen yang lebih efisien
13. Mengembalikan kesegaran (rejuvenation) sel-sel dan memperlahankan proses penuaan.
*Pengambilan air yang cukup sebanyak 8-12 gelas sehari dapat meningkatkan tahap kesihatan seseorang, namun ini bergantung dgn keperluan dan aktiviti seharian seseorang.
** Bagi pengguna yang beragama islam digalakkan berselawat dan membaca bismillah sebelum meminum air hidup BIO-AURA.