Semalam saya pergi bertandang di rumah mentua. Kemudian salah seorang adik ipar saya membawa balik lebih kurang 8 kotak water filter jenama X. Beliau mengatakan filternya lebih baik dari semua filter. Malah yang menjadi satu keajaiban pada saya beliau boleh mengaku yang company nya lah yang membuat filter BIO-AURA dan filter yang lain. Namun selepas saya membuat siasatan, company adik ipar saya ini baru beroperasi tidak lebih setahun, malah sebelum ini company itu menjual barangan lain seperti koyok dan pad sanitary wanita. Mungkin kerana melihat kejayaan penjualan water-filter BIO-AURA yang semakin meningkat, kebanyakan company mula meniru dan cuba mengeluarkan water filter juga. Ada yang membuat pelbagai kenyataan yang kononnya water filter mereka lebih beralkali dan ada yang mengatakan water filter mereka boleh menambah potassium (kalium). Oleh yang demikian berjaga-jaga kerana semua ini hanya taktik perniagaan, malah mereka tidak tahu kesan filter mereka yang hanya menapis partikel biasa.
Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan di sini, kealkalian air amat penting kerana mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Otto Warburg, pemenang Hadiah Nobel (Physiologi/perubatan), menyatakan kealkalian air berkait rapat secara terus dengan kandungan oksigen di dalam badan, dan keadaan ini akan dapat mengurangkan kejadian kanser.
"If our internal environment was changed from an acidic oxygen deprived environment to an alkaline environment full of oxygen, viruses, bacteria and fungus cannot live."
Dr. Otto Warburg, Nobel Prize recipient, 1931 & 1944
Berani saya katakan di sini, yang penapis Berteknologi NANO BIO-AURA,menapis air dan menjadikan air lebih bersih tanpa bahan kimia dan kadar pH beralkali yang selamat. (Kadar pH yang selamat ialah di bawah 9, namun di malaysia kealkalian air yang dibenarkan oleh KKM ialah 8.4) pH Penapis Berteknologi NANO BIO-AURA ialah 8.2 (di uji oleh SIRIM)
Dan berjaga dengan penipuan yang mengatakan yang satu-satu penapis boleh membekalkan potassium (Kalium), kerana ini sebenarnya amat mengelirukan dan mungkin merbahaya. Kerana paras potassium yang optimum amat penting dalam badan, kandungan yang lebih tinggi sedikit dari julat normal sudah boleh membahayakan kita. (menyebabkan jantung berdegup laju, dan boleh menyebabkan serangan jantung). Malah pada mereka yang menghidapi sakit buah pinggang, kandungan potassium (kalium) ini boleh membunuh jika lebih dari paras tertentu.
Kepada semua pembaca, sebagai pengamal perubatan, saya berharap semua akan memilih penapis air yang betul-betul akan memberi kita kesihatan dan menjadi kan kita lebih bertenaga. Jadi bagi saya dan keluarga, PENAPIS BERTEKNOLOGI NANO BIO-AURA adalah yang terbaik untuk semua. Saya menggunakan nya..anda pun perlukan nya
Jika anda berjumpa dengan saya di luar sana, anda akan melihat saya akan sentiasa membawa botol air , kerana saya tak boleh hidup tanpa minum air dan semestinya ia adalah air BIO-AURA..
JANGAN TERTIPU DENGAN PRODUK YANG HANYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN