Thursday, 29 April 2010

Salam perkenalan


Asslamualaikum...
Salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca blog saya ini.

Tujuan saya menulis mengenai penapis berteknologi NANO BIO-AURA ini hanya untuk berkongsi pengalaman dan berharap semua di luar sana akan mengerti dan bersama merasai keistimewaan dan kehebatan penapis air ini.

Sebagai seorang pengamal perubatan, saya amat skeptikal apabila diperkenalkan oleh adik saya mengenai penapis air ini. Saya mengambil masa setahun untuk melakukan pemerhatian dan kajian untuk memastikan apa yang di perkatakan tentang penapis ini adalah benar atau sebaliknya hanya sebagai taktik perniagaan.

Kali pertama saya merasai air dari penapis BIO-AURA ini, saya dapat merasakan kelainan rasa dan keselesaan kerongkong saya apabila menelan air ini. Sebenarnya saya amat susah untuk meminum air kosong malah air mineral juga membuatkan saya muak dan selalunya saya hanya minum 1-2 gelas air kosong untuk keperluan dan setelah dipaksa oleh isteri saya. Namun setelah mula meminum air BIO-AURA, saya menjadi amat suka untuk meminum air kosong dan tabiat saya yang suka meminum air manis seperti teh-o sebanyak 4-6 kali sehari juga dapat saya kekang.

Oleh kerana sekarang saya meminum air BIO-AURA sebanyak 4-5 litre sehari, saya merasa lebih segar dan lebih sihat. Saya tidak lagi merasa keletihan dan lebih bertenaga. Mungkin kesan ini adalah dari pengambilan air yang banyak, namun kerana keistimewaan rasa dan keenakkan air BIO-AURA ini, saya yang pada mulanya tidak suka meminum air kosong, menjadi peminat setia air. Namun air 'hidup' BIO-AURA yang menjadi pilihan saya.

Selain itu rawatan yang dilakukan oleh adik ipar saya dengan menggunakan air BIO-AURA, terhadap penyakit luka teruk pesakit-pesakit kencing manis juga,membuatkan saya tertanya2, betul ke nie? Namun dengan bantuan 'senior-senior' saya dalam bidang perubatan, kami telah membuat kesimpulan bahawa testimoni-testimoni yang ditunjukkan oleh adik saya, menunjukkan yang air BIO-AURA amat bersih (sterile) dan mengandungi tahap oksigen yang tinggi untuk membantu penyembuhan luka bagi pesakit-pesakit kencing manis ini. saya telah melakukan beberapa ujian untuk menyokong pendapat saya ini, namun saya tidak dapat menunjukkannya di dalam blog saya ini.

Kesemua testimoni yang diusahakan oleh adik saya dengan seliaan dari pihak saya tidak dapat saya kongsikan di sini, namun sesiapa yang berminat untuk melihatnya, saya akan menunjukkan nya secara personal.

Oleh yang dmikian sebagai penutup kata, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai keistimewaan dan keperluan air di dalam hidup kita. Dan juga saya ingin membantu mereka yang masih kurang diberi pendedahan mengenai kepentingan me'napis' air minum selain mendidihkan air sahaja. Blog saya ini akan cuba menerangkan satu persatu mengenai kepentingan air dan keperluan penapis air. Bagi saya penapis air terbaik di pasaran buat masa ini ialah PENAPIS BERTEKNOLOGI NANO BIO-AURA.